Saturday 18 May 2013

HATI DAN PERASAAN

Orang kata ikutlah kata hati kerana hati sentiasa betul,
Ada juga orang kata jangan ikutkan hati nanti mati,
Apakah perbezaan diantara kedua kenyataan ini?

Bagaimana pula dengan perasaan?
Mungkin perasaan adalah sahabat kepada hati,
Kerana perasaan akan menonjolkan perbuatan apabila hati berkata.

Bagi saya kedua-dua kenyataan diatas adalah benar,
Allah S.W.T memberi kita peluang untuk membuat pilihan,
Terpulanglah pada kita samada ingin memilih jalan yang benar atau yang salah,
Sekiranya pilihan yang kita buat salah,
Maka pasti itu adalah suara dan bisikan syaitan.

Tetapi sebagai manusia,
kitalah yang harus mengawal hati dan perasaan,
bukan hati dan perasaan yang mengawal kita.

Apakah cara yang terbaik untuk mengawal mereka?
Doa, Istigharah, Redha dan Ikhlas,
Dengan itu kita dapat membuat pilihan yang terbaik.

Setelah kita membuat pilihan,
Sekiranya pilihan kita itu salah,
Maka redhalah pasti ada hikmah dan nikmatnya pasti lebih indah.
Sekiranya pilihan kita betul,
Maka panjatkanlah kesyukuran kerana Allah S.W.T telah menunjukkan jalan yang benar.

Kesimpulannya, doa itu adalah sangat penting dalam setiap perkara dan pilihan yang kita buat.
Janganlah kita menyesal dikemudian hari dan menangisinya.
Saya mendoakan kalian semua semoga berada didalam keadaan yang baik, sihat dan sentiasa bahagia.
Amin..







Monday 8 April 2013

MENGHITUNG WAKTU

Hari berganti hari masa berganti masa, adakah hati ini benar-benar dapat menerimanya. Seperti yang saya katakan dulu, manusia perlu berubah untuk menjadi yang lebih baik, adakah kita sanggup berubah untuk orang yang tersayang?. Walaupun tiada paksaan dalam cinta ini, tetapi aku harus membuat pilihan dengan secepat mungkin untuk memastikan tiada hati yang terluka. Adakah aku terlalu gelojoh untuk mendapatkan cinta seseorang sehinggakan terlalu cepat aku kehilangannya. Dilema..dilema..dilema.

Ya Allah! sekiranya dia untuk aku, kau berilah petunjuk dan jalan yang terbaik untuk kami meneruskan niat yang suci ini, dan jika dia bukan untuk aku leraikanlah ikatan ini dengan cara yang baik. Semoga kedua pihak dapat memahami dan menerimanya dengan redha, begitu juga aku.

Adakah ini dugaan orang berdarah manis?. Cinta dulu yang telah kita jadikan kenangan silam, kini kembali dalam kotak fikiran yang cuba meracuni hati kita. Past is past, but how when the past comes to you?. Cara yang kita perlukan waktu ini adalah, berdoa, bertawakal dan redha dengan segala yang Allah S.W.T tentukan untuk kita, pasti ada sesuatu yang lebih baik Dia rancangkan untuk hamba-Nya. Amin.

Friday 29 March 2013

I'M SORRY PLEASE...

Assalammualaikum sahabat semua, kali ini saya ingin bercerita mengenai kaum wanita yang suka sangat merajuk, dan kaum lelaki yang sangat susah untuk memujuk. Wahai kaum lelaki, orang perempuan nie macam-macam kerenahnya, kekadang terlalu kebudak-budakan sangat kalau cakap don't tetapi benda itulah yang dorang nak sangat buat, sebenarnya mereka ingin anda melarang sekerasnya perbuatan mereka itu. Faham atau tidak!!

Kalau buat salah janganlah terlalu ego sangat untuk meminta maaf, saya rasa tidak jatuh maruah seseorang kalau meminta maaf, terdapat sesetengah lelaki menyatakan maaf dengan memberi kaum wanita bungalah, coklat dan macam-macam barang lagi, kononnya comellah tetapi sebenarnya kaum lelaki amat berat mulut untuk meminta maaf, adooyaii.

Buat kaum lelaki, fahamilah wanita yang anda sayang dan cintai. Sebenarnya dengan cara memujuk dan meminta maaf, wanita akan merasa anda adalah pelindung terbaik. Nasihat ini bukan sahaja untuk mereka yang belum berkahwin tetapi juga yang sudah berumahtangga, fikirkanlah. Semoga perhubungan anda dan pasangan akan bahagia sehingga hujung nyawa, sentiasa romantis dan saling sayang menyayangi. Amin.

Thursday 28 March 2013

SEMBANG-SEMBANG

Assalammualaikum, Salam perkenalan buat sahabat semua :)

Hari ini saya ingin berkongsi sesuatu dengan anda semua, mengenai sahabat saya. Pada hari sabtu lepas, saya hang out dengan sahabat saya di sebuah shopping complex, dia bercerita mengenai kekasih hatinya yang terlalu banyak ragam. Kemudian dia bertanya kepada saya, "pakwe yang macam mana awak nak?".

Alamak!!! soalan yang memang susah nak dijawab. Sebenarnya kalau kita tanya kepada sesiapa pun, pasangan macam mana yang kita nak samada lelaki atau perempuan pasti jawapannya terlalu banyak, sampai kene listkan hehehe.. tapi kadang-kadang menggaru kepala jugak nak memikirkan jawapannya. Seperti wanita juga, ada lelaki yang tidak sempurna namun itulah lumrah manusia yang menginginkan kesempurnaan.

Orang cakap lebih baik jadi diri sendiri sahaja, memanglah ada kebenarannya tetapi takkanlah kita tidak mahu berubah daripada yang tidak baik kepada yang baik dan daripada baik kepada yang lebih baik, mungkin kesempurnaan yang kita ada dapat menyempurnakan kekurangan orang lain begitu juga sebaliknya, tak gitu hehehehe...sama-samalah kita memikirkannya.